Sabtu, 15 Disember 2012

Taman Suria Dilanda Banjir Kilat

TAMAN SURIA  dilanda banjir kilat setelah berlakunya hujan lebat lebih kurang satu jam pada petang hari Sabtu ,15 Disember 2012.
          Kawasan yang teruk dilanda banjir ialah di kawasan Jalan Mawar 1 dan Jalan Ros 1.Jalan-jalan dipenuhi air manakala beberapa rumah kediaman dan rumah kedai dimasuki air sepenuhnya.Keadaan yang lebih teruk ialah berlakunya kerosakan jalan hampir sepanjang Jalan Mawar 1.
          Berikut dipaparkan keadaan banjir yang berlaku secara mengejut.

                                             Laluan Jalan Mawar 1 , Taman Suria
                                         Jalan pecah akibat tolakan air longkang yang kuat.


                                         Jalan di belakang rumah kedai dinaiki air.
                                         Rumah kedai dimasuki air.
                                          Jalan rosak akibat banjir.
                                          Longkang yang baru dibaik pulih rosak di Jalan Ros.


                                          Rumah yang dimasuki air.

Ahad, 9 Disember 2012

PEKELILING RT & SRS

Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan pekeliling Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela 2012 :
http://www.jpnin.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=dc5c594d-fb0b-433c-8200-199c3687cbc8&groupId=142180

PELANCARAN JOM RONDA PERINGKAT DAERAH

RT SURIA/ROS telah menghantar lima orang wakil (Tn.Hj.Ishak Abu Bakar,En.Abu Samad Dol,En.Jaslan Jemain,En.Zainudin Hassan dan En.Sulaiman Busran) untuk program tersebut di Dewan Seri Sulung Batu Pahat pada 9 Disember 2012 jam 8.00 malam.


PROGRAM GOTONG-ROYONG GERAK MESRA 2012

RT TAMAN SURIA/ROS bersama Majlis Daerah Yong Peng dan Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat telah mengadakan Program Gotong-royong Gerak Mesra 2012 pada hari Ahad,9 Disember 2012 mulai jam 7.30 pagi hingga pukul 1.00 petang.Program ini telah dirasmikan oleh YB.Daruk Dr.Ir.Wee Ka Siong (Ahli Parlimen Ayer Hitam).
          Program ini turut dihadiri YB.Datuk Hj.Samsol Bari bin Hj.Jamali (ADUN Semarang),Tn.Hj.Mohd Khair Johari bin Hj.Salleh (YDP MDYP),Tn.Hj.Rosli Samad (IK MDYP),Pn.Hjh.Kasmirah Mukmin (Ahli Majlis MDYP),En.Ahmad Sariman (Pembantu Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Ayer Hitam), Tn.SM Mohd Shah Zakaria (Ketua Polis,Balai Polis Ayer Hitam),Tn.Hj.Amin Sitam (Ketua Kampung Kawasan Ayer Hitam), En.Wong (Ketua Bomba Sukarela & Penyelamat Ayer Hitam) dan Ahli-ahli Majlis MDYP.
          Pelbagai acara telah diadakan.Selain pembersihan longkang dan kawasan, diadakan juga cabutan bertuah,pemeriksaan kesihatan daripada staf Klinik Kesihatan Ayer Hitam dan pertandingan untuk kaum wanita (masakan kuih dan bihun ) juga demo membuat kuih " KASIDAH " dari negeri Terengganu yang telah ditunjuk cara oleh Pn.Hjh.Rabiah Abdullah.Bagi acara masakan bihun dimenangi oleh Pn.Hjh.Zaraah Palil manakala pertandingan membuat kuih dimenangi oleh Pn.Noraina Dollah.Para pemenang dan juga penerima hadiah sagu hati menerima hamper sumbangan MDYP.
          Pihak pengelola mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat seperti seperti MDYP,Ahli-ahli Majlis MDYP,Pejabat Kesihatan Ayer Hitam,SWM, Bomba Sukarela Ayer Hitam, Klinik Kesihatan Ayer Hitam dan semua penduduk Taman Suria/Ros.

Gambar-gambar semasa program gotong-royong (pembersihan oleh MDYP,kerjasama Bomba Sukarela, pembersihan longkang,sampah diangkut oleh S.W.M,pemeriksaan jentik-jentik,sembang bersama OCS A.Hitam,pemeriksaan kesihatan,ucapan YB.Datuk Dr.Ir.Wee Ka Siong,ucapan YDP MDYP,kehadiran peserta dan pekerja S.W.M
   












         
         

Rabu, 5 Disember 2012

MAKLUMAN KEPADA PENDUDUK





PROGRAM GOTONG-ROYONG

RUKUN TETANGGA TAMAN SURIA/ROS,
MAJLIS DAERAH YONG PENG DAN
PEJABAT KESIHATAN DAERAH BATU PAHAT.

menjemput dan mempersilakan semua penduduk Taman Suria
dan Taman Ros hadir ke majlis  tersebut sebagaimana
ketetapan seperti berikut :
                        Hari , Tarikh                : Ahad , 9 Disember 2012
                        Masa                            : 07.30 pagi
                        Tempat berkumpul  : Dewan Terbuka Tmn.Suria
                        Atur cara majlis :
i.              Pendaftaran
ii.             Taklimat & Gotong-royong
iii.            Jamuan
iv.           Majlis penutup
v.            Penyampaian hadiah & cendera hati

Peralatan        : Peserta dikehendaki membawa peralatan  sendiri untuk tujuan pembersihan kawasan.MDYP/SWM akan menyediakan lori.
Kami memohon kerjasama daripada semua penduduk agar dapat hadir untuk  sama-sama menjayakan program ini. Kehadiran tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.





 





 

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP TAMAN SURIA/ROS 2012

JIRAN MUDA telah mengadakan Pertandingan Badminton Tertutup Taman Suria / Ros yang diadakan bermula dari 2 Disember 2012 hingga 6 Disember 2012 bertempat di Dewan UMNO Ayer Hitam.
          Pertandingan ini dijalankan secara berpasangan.Pertandingan ini terbahagi  kepada tiga kategori iaitu dewasa , bawah 18 tahun dan bawah 13 tahun. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut.
          Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 9 Disember 2012 yang telah disempurnakan oleh YB.Datuk Haji Samsol Bari bin Hj.Jamali (ADUN Semarang).
          Keputusan pertandingan adalah sebagaimana berikut :
          a.Kategori bawah 13 tahun :
               Johan         :  Fakhrul  Aliman & Zulhanafie  Yusri
               N.Johan     :  Muhammad Akmal  Abd.Kadir & Mohd Harith Irfan

          b.Kategori bawah 18 tahun :
               Johan         :  Muhammad Ikmal Fitri Mohd Hayzir & Muhammad Azman Jaslin
               N.Johan     :  Muhammad Asraf Md.Daot & Muhammad Rashidullah Masbah
               Ketiga        :  Muhammad Iqbal Hanafi Zulkarnain & Muhammad Zulhelmi Jaferi

          c.Kategori dewasa :
               Johan         : En.Mohd Hayzir Ibrahim & En.Soni Ruslan
               N.Johan     : En.Mohd Norazam & En.Isnin Misbah
               Ketiga        : En.Aliman & En.asok Kumar a/l Agumanan