Rabu, 1 Ogos 2012

Hari Keluarga dan Majlis Suai Kenal Bersama OCS A.Hitam

RUKUN TETANGGA SURIA / ROS telah mengadakan Program Hari Keluarga Ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga , ahli-ahli Skim Rondaan Sukarela Taman Suria Ros dan pasukan COMBI Taman Suria Ros serta Majlis Suai Kenal Bersama Ketua Polis, Balai Polis Ayer Hitam.
          Program ini dijalankan pada  hari Ahad ,8 Julai 2012 yang lalu bertempat di dewan terbuka Taman Suria mulai jam 7.30 pagi hingga lewat tengah hari.Sempena majlis tersebut juga ,pada 7 Julai 2012 Jiran Muda telah mengadakan pertandingan futsal bawah 12 tahun.Pertandingan ini disertai sebanyak 4 pasukan daripada tunas jiran Taman Suria Ros.
            Majlis ini dihadiri oleh SM Mohd Shah Zakaria ( Ketua Polis , Balai Polis Ayer Hitam ) , Sarjan Hassan , Pn.Hajah Kasmirah Mukmin ( Ahli Majlis Majlis Daerah Yong Peng ) dan En. Ahmad Shahriman Mohamad ( Wakil Klinik Kesihatan Ayer Hitam ) serta lebih kurang 150 orang AJK RT TSR,ahli-ahli SRS, COMBI dan keluarga masing-masing.
               Atur acara program tersebut dimulai dengan pendaftaran , bacaan doa oleh En.Megat Azhari bin Megat Chulan, ucapan Pengerusi RT Tmn.Suria Ros ( Tn.Hj.Ishak bin Abu Bakar ) , ucapan Salam Perkenalan oleh Tn.SM Mohd Shah Zakaria ( Ketua Polis , Balai Polis Ayer Hitam ) dan penyampaian cendera hati kepada Tuan SM.Selepas itu para tetamu menikmati jamuan berupa nasi lemak,kuih-muih dan juga ubi kayu rebus cecah sambal tumis dan ikan kering.Setelah selesai jamuan ,majlis diteruskan dengan sukaneka.Tiga acara telah diadakan iaitu dadu , bowling kelapa dan serasi bersama.
                 Sebagai kemuncak majlis tersebut , penyampaian hadiah kepada para pemenang serta cabutan keluarga bertuah telah disempurnakan oleh En.Zainudin Hassan ( Ketua SRS Tmn.Suria/Ros ) , En.Abu Samad Dol ( Timbalan Pengerusi RT Tmn.Suria/Ros ) dan Tn.Hj.Ishak Abu Bakar ( Pengerusi RT Tmn.Suria/Ros).