Isnin, 2 Julai 2012

AJK RT TMN.SURIA/ROS


Pengerusi                  : Tn.Hj.Ishak bin Abu Bakar
Timbalan Pengerusi    : En.Abu Samad bin Dol
Setiausaha                 : En.Jaslan bin Jemain
Penolong Setiausaha  : En.Zainudin Hassan
Bendahari                  : En.Rahman Rahmat
Ketua Jiran Warga Emas   :
Ketua Jiran Wanita            : Pn.Radziah Jailani
Ketua Jiran Muda             : En.Rasdan Affendi bin Abd.Rahman

Ahad, 1 Julai 2012

PENUBUHAN RT TMN.SURIA/ROS


RUKUN TETANGGA TAMAN SURIA/ROS , Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor ini telah ditubuhkan pada awal tahun 1986  yang ditaja penubuhannya oleh Tn.Hj.Ramli Hj.Yusof bersama beberapa orang rakannya. Pada pertengahan tahun 1993 RT Taman Suria/Ros telah didaftarkan secara rasminya.

         Tujuan asal penubuhan  RT ini adalah untuk menjaga keselamatan penduduk dan harta benda penduduk Taman Suria.

         Kini RT Taman Suria / Ros telah memperluaskan skop aktiviti dengan sokongan padu Pejabat Perpaduan  Daerah Batu Pahat seperti mengadakan program berbentuk memupuk semangat perpaduan antara penduduk berbilang kaum dan agama , kebajikan , mewujudkan zon keselamatan taman dengan menubuhkan SRS ( Skim Rondaan Sukarela ) , merancang mempertingkatkan kemahiran individu dan kumpulan , mendapatkan kemudahan-kemudahan awam daripada pelbagai pihak,bersama membantu kempen-kempen daripada pelbagai agensi kerajaan dan juga mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan.
        
Pada tahun 2002 RT Tmn.Suria/Ros telah mendapat sebuah pejabat RT yang telah disumbangkan oleh YB.Datuk Mohamad Aziz (Ahli Parlimen Seri Gading) dan YB. Tn.Hj.Hamzah Ramli (EXCO Kerajaan Negeri Johor/ADUN Pt.Yaani) dengan nilai lebih kurang RM 25 000. Dengan adanya pejabat ini AJK RT dapat mengadakan mesyuarat dan aktiviti dengan lebih selesa.Selain itu juga pejabat ini dijadikan sebagai pusat Rondaan Sukarela.Sebelum ini segala mesyuarat atau aktiviti diadakan di rumah kediaman AJK.

 Kami Ahli Jawatankuasa RT Tmn.Suria/Ros berharap dan berdoa agar RT ini akan terus maju sebagaimana slogan kerajaan ` RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ` `1 MALAYSIA`.

PENGENALAN RUKUN TETANGGA .

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 . Penubuhan ini merupakan satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.


PENGERTIAN LOGO RUKUN TETANGGA




Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.

Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:
          Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
          Merah - Keberanian dan keluhuran
          Kuning - Kejayaan dan keharmonian
          Putih - Kesucian dan bertangungjawab

5 Bulatan Kecil Warna MerahLima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.

2 Bentuk Titisan Air TerbalikDi bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Garisan Berwarna MerahDua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Segi Tiga Berwarna KuningSegi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.

Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.

Keseluruhan Garisan Berwarna BiruKeseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.