Ahad, 1 Julai 2012

PENUBUHAN RT TMN.SURIA/ROS


RUKUN TETANGGA TAMAN SURIA/ROS , Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor ini telah ditubuhkan pada awal tahun 1986  yang ditaja penubuhannya oleh Tn.Hj.Ramli Hj.Yusof bersama beberapa orang rakannya. Pada pertengahan tahun 1993 RT Taman Suria/Ros telah didaftarkan secara rasminya.

         Tujuan asal penubuhan  RT ini adalah untuk menjaga keselamatan penduduk dan harta benda penduduk Taman Suria.

         Kini RT Taman Suria / Ros telah memperluaskan skop aktiviti dengan sokongan padu Pejabat Perpaduan  Daerah Batu Pahat seperti mengadakan program berbentuk memupuk semangat perpaduan antara penduduk berbilang kaum dan agama , kebajikan , mewujudkan zon keselamatan taman dengan menubuhkan SRS ( Skim Rondaan Sukarela ) , merancang mempertingkatkan kemahiran individu dan kumpulan , mendapatkan kemudahan-kemudahan awam daripada pelbagai pihak,bersama membantu kempen-kempen daripada pelbagai agensi kerajaan dan juga mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan.
        
Pada tahun 2002 RT Tmn.Suria/Ros telah mendapat sebuah pejabat RT yang telah disumbangkan oleh YB.Datuk Mohamad Aziz (Ahli Parlimen Seri Gading) dan YB. Tn.Hj.Hamzah Ramli (EXCO Kerajaan Negeri Johor/ADUN Pt.Yaani) dengan nilai lebih kurang RM 25 000. Dengan adanya pejabat ini AJK RT dapat mengadakan mesyuarat dan aktiviti dengan lebih selesa.Selain itu juga pejabat ini dijadikan sebagai pusat Rondaan Sukarela.Sebelum ini segala mesyuarat atau aktiviti diadakan di rumah kediaman AJK.

 Kami Ahli Jawatankuasa RT Tmn.Suria/Ros berharap dan berdoa agar RT ini akan terus maju sebagaimana slogan kerajaan ` RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ` `1 MALAYSIA`.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan