PENGENALAN RUKUN TETANGGA .
Skim Rukun Tetangga
diperkenalkan pada tahun 1975 . Penubuhan ini merupakan satu langkah membolehkan rakyat
sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka.
Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan
dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin
kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di
perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi
memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan
terus berkekalan dan berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan