Ahad, 9 Disember 2012

PROGRAM GOTONG-ROYONG GERAK MESRA 2012

RT TAMAN SURIA/ROS bersama Majlis Daerah Yong Peng dan Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat telah mengadakan Program Gotong-royong Gerak Mesra 2012 pada hari Ahad,9 Disember 2012 mulai jam 7.30 pagi hingga pukul 1.00 petang.Program ini telah dirasmikan oleh YB.Daruk Dr.Ir.Wee Ka Siong (Ahli Parlimen Ayer Hitam).
          Program ini turut dihadiri YB.Datuk Hj.Samsol Bari bin Hj.Jamali (ADUN Semarang),Tn.Hj.Mohd Khair Johari bin Hj.Salleh (YDP MDYP),Tn.Hj.Rosli Samad (IK MDYP),Pn.Hjh.Kasmirah Mukmin (Ahli Majlis MDYP),En.Ahmad Sariman (Pembantu Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Ayer Hitam), Tn.SM Mohd Shah Zakaria (Ketua Polis,Balai Polis Ayer Hitam),Tn.Hj.Amin Sitam (Ketua Kampung Kawasan Ayer Hitam), En.Wong (Ketua Bomba Sukarela & Penyelamat Ayer Hitam) dan Ahli-ahli Majlis MDYP.
          Pelbagai acara telah diadakan.Selain pembersihan longkang dan kawasan, diadakan juga cabutan bertuah,pemeriksaan kesihatan daripada staf Klinik Kesihatan Ayer Hitam dan pertandingan untuk kaum wanita (masakan kuih dan bihun ) juga demo membuat kuih " KASIDAH " dari negeri Terengganu yang telah ditunjuk cara oleh Pn.Hjh.Rabiah Abdullah.Bagi acara masakan bihun dimenangi oleh Pn.Hjh.Zaraah Palil manakala pertandingan membuat kuih dimenangi oleh Pn.Noraina Dollah.Para pemenang dan juga penerima hadiah sagu hati menerima hamper sumbangan MDYP.
          Pihak pengelola mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat seperti seperti MDYP,Ahli-ahli Majlis MDYP,Pejabat Kesihatan Ayer Hitam,SWM, Bomba Sukarela Ayer Hitam, Klinik Kesihatan Ayer Hitam dan semua penduduk Taman Suria/Ros.

Gambar-gambar semasa program gotong-royong (pembersihan oleh MDYP,kerjasama Bomba Sukarela, pembersihan longkang,sampah diangkut oleh S.W.M,pemeriksaan jentik-jentik,sembang bersama OCS A.Hitam,pemeriksaan kesihatan,ucapan YB.Datuk Dr.Ir.Wee Ka Siong,ucapan YDP MDYP,kehadiran peserta dan pekerja S.W.M
   












         
         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan